fb fb fb fb fb

Enam petugas kemanusiaan terbunuh akibat serangan Israel

Foto AFP

ISTANBUL, 23 Mei- Enam petugas bantuan kemanusiaan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas bandar Deir al-Balah di tengah Gaza.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, serangan berlaku ketika mereka sedang melaksanakan penghantaran makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk.

Memetik laporan Anadolu, mangsa dilaporkan bertanggungjawab mengagihkan bekalan bantuan kemanusiaan sebelum menjadi sasaran serangan udara pada waktu malam.

Serangan berlaku ketika lori-lori bantuan cuba menghantar bekalan ke hospital-hospital di kawasan yang dibedil.

Pegawai tempatan berkata tentera Israel secara sengaja menghalang aliran bantuan kemanusiaan dengan menyasarkan petugas serta menggalakkan rompakan terhadap konvoi bantuan, menyebabkan bekalan gagal sampai kepada penduduk yang memerlukan.

Insiden terbaru itu digambarkan sebagai sebahagian daripada pola tindakan yang lebih meluas terhadap usaha perubatan dan bantuan.

Sehubungan itu, badan antarabangsa digesa campur tangan bagi memastikan keselamatan pasukan bantuan di wilayah berkenaan.

Serangan berlaku di tengah-tengah operasi ketenteraan baharu Israel yang bermula pada 18 Mac, sekali gus menamatkan gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Palestin, Hamas, yang berkuat kuasa sejak 19 Januari.

Jumlah keseluruhan korban sejak Oktober 2023 kini mencecah 53,762 orang, dengan 122,917 lagi cedera. -BERNAMA

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello