fb fb fb fb fb

Empat terbunuh dalam serangan udara Israel

Foto REUTERS

GAZA, 14 Ogos- Sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kem pelarian Al-Maghazi di Gaza, hari ini.

Serangan berkenaan turut menyebabkan ramai penduduk di kem berkenaan mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Syahid Al-Aqsa di tengah Gaza.

Israel yang mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan terhadap Gaza, sejak Oktober lalu.

Sejak itu, serangan berterusan Israel terhadap Gaza telah membunuh hampir 40,000 rakyat Palestin.

Lebih 10 bulan selepas konflik Israel-Hamas, Palestin terus lumpuh dengan Israel terus mengenakan sekatan terhadap makanan, air bersih dan ubat-ubatan. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM