fb fb fb fb fb

Elon Musk umum letak jawatan sebagai Pegawai Khas Kerajaan AS

Elon Musk/ Foto Reuters

WASHINGTON, 29 Mei - Elon Musk pada Rabu mengumumkan pengunduran dirinya daripada peranannya dalam kerajaan Amerika Syarikat, selepas berkhidmat sebagai Pegawai Khas Kerajaan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan persekutuan.

Pengunduran itu berlaku tidak lama selepas perbezaan pandangan pertamanya dengan Presiden Donald Trump berhubung rang undang-undang perbelanjaan utama.

"Ketika tempoh saya sebagai Pegawai Khas Kerajaan tamat seperti yang dijadualkan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Donald Trump atas peluang untuk mengurangkan pembaziran perbelanjaan," katanya menerusi
X.

Musk sebelum ini menyatakan bahawa rang undang-undang Trump akan meningkatkan defisit dan menjejaskan kerja Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), yang telah memecat puluhan ribu penjawat awam. - AFP

TETITIA YUSOFF