fb fb fb fb fb

Duta Belarus tiba di Korea Utara

Menteri Luar Belarus, Maxim Ruzenkov tiba di Korea Utara untuk lawatan rasmi dua hari/Foto www.independent.co.uk

SEOUL, 24 Julai-Delegasi diplomat belarus tiba di Pyongyang bagi lawatan selama empat hari, kata media rasmi Korea Utara pada Rabu sekali gus menyaksikan hubungan kedua-dua negara bertambah erat.

"Menerusi jemputan Menteri Luar Korea Utara, Maxim Ruzenkov, Menteri Luar Belarus tiba di Pyonyang bagi lawatan rasmi",kata media rasmi Korea Utara, Korean Central News.

Lawatan Ruzenkov itu selepas kedua-dua negara memperkukuhkan hubungan dengan Rusia ketika tercetusnya konflik dengan Ukraine.

"Korea Utara akan memperkukuhkan hubungan dengan Minsk secara terang-terangan untuk membuka era baru hubungan yang lebih baik," kata Menteri Luar Negeri Choe Son Hui semasa makan malam menyambut delegasi Belarus, menurut KCNA.

Menteri Luar Belarus, Ruzenkov dilaporkan berkata bahawa Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berharap untuk memupuk hubungan yang lebih rapat.

Pada tahun 2022, Rusia menggunakan Belarus sebagai negara peluncur untuk menyerang Ukraine. Manakala Kesatuan Eropah pula bersetuju untuk mengenakan sekatan baharu terhadap Belarus kerana terlibat dalam perang Ukraine-Rusia.

Pada bulan Jun, pemimpin Rusia Vladimir Putin membuat lawatan pertama ke Korea Utara dalam 24 tahun dan menandatangani perjanjian strategik dengan pemimpin Kim Jong Un, termasuk komitmen untuk membantu satu sama lain jika diserang.

Seoul dan Washington menuduh Korea Utara membekalkan senjata dan peluru berpandu kepada Rusia bagi menentang Ukraine.

Korea Utara yang mempunyai senjata nuklear telah menghantar lebih daripada 11,000 senjata yang mampu melancarkan 5.2 juta peluru berpandu dan puluhan balistik jarak pendek ke Rusia pada 15 Julai, kata Menteri Pertahanan Seoul, Shin Won-sik kepada akhbar Jepun Yomiuri Shimbun dalam satu wawancara yang diterbitkan pada Rabu.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD