fb fb fb fb fb

Dua maut, enam cedera bertempur di lombong emas

(Foto AFP)

CARACAS, 15 September- Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala enam lagi cedera dalam pertempuran antara pelombong haram dan askar di Venezuela.

Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 400 orang askar dikerahkan ke rizab Yapacana untuk mengusir pelombong emas.

"Sekumpulan pelombong menyerang pegawai dengan pisau dan senjata api.

"Tindakan tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan dua kematian orang awam.

"Pelombong haram menumbang dan membakar pokok, mencemarkan air serta terlibat dalam penggerudian bawah tanah.

"Aktiviti berkenaan merosakkan alam sekitar, sekali gus berbahaya untuk masyarakat orang asli yang menganggap rizab tersebut sebagai rumah," katanya kepada AFP di sini.

Tambahnya, rizab berkenaan adalah terbesar di Venezuela.

Julai lalu, Presiden Nicolas Maduro mengarahkan penempatan angkatan bersenjata di kawasan itu bagi memerangi aktiviti pelombongan emas.

Menurut Jeneral Domingo, Hernandez Larez, pihaknya telah menahan dan membawa keluar kira-kira 12,000 pelombong haram emas dari rizab Yapacana. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu