fb fb fb fb fb

Tragedi pangsapuri runtuh di Ivory Coast, dua kanak-kanak terbunuh

(Anggota penyelamat berada di tempat kejadian bangunan runtuh di Abidjan pada malam Ahad hingga Isnin/FOTO AFP)

ABIDJAN, 8 Mac - Sekurang-kurangnya lima mangsa termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam kejadian bangunan pangsapuri runtuh di hab komersial Ivory Coast pada malam tadi.

Menurut Jambatan Bomba, dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sepanjang malam itu, penyelamat berjaya mengeluarkan 30 mangsa yang masih hidup termasuk seorang bayi disebalik serpihan konkrit.

Manakala, 13 lagi mangsa dimasukkan ke hospital dan menurut seorang mangsa yang terselamat tinggal di tingkat empat, keseluruhan bangunan bergegar dan bergoyang, disusuli bunyi kuat.


(Seorang kanak-kanak melihat tempat kejadian bangunan runtuh di Abidjan semalam/FOTO AFP)

Perdana Menteri, Patrick Achi berkata, berjanji menyiasat punca keruntuhan selepas seminggu tragedi yang sama apabila beberapa orang terbunuh dalam satu lagi runtuhan bangunan di kawasan lain di Abidjan.

"Sejumlah pihak bertanggungjawab masih tidak menghormati undang-undang dan terus bertindak sesuka hati sehingga mengakibatkan bencana seperti ini," katanya ketika melawat tapak bencana.

Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi runtuhan bangunan lima tingkat di Cocody sejurus selepas tengah malam tadi dengan kerja SAR masih diteruskan. - REUTERS

Media Baharu