fb fb fb fb fb

Dituduh ejen kerajaan China, bekas pembantu Gabenor New York didakwa

Foto Reuters

NEW YORK, 4 September – Seorang bekas pembantu kepada Gabenor New York, Kathy Hochul didakwa kerana secara rahsia bertindak sebagai ejen kerajaan China sebagai balasan kepada pampasan jutaan dolar.

Linda Sun, 41, dan suaminya Chris Hu, 40, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan jenayah di hadapan Hakim Majistret AS, Peggy Kuo di Brooklyn, selepas ditahan pada pagi Selasa.

Pendakwa persekutuan di Brooklyn berkata semasa bekerja dalam kerajaan negeri, Sun menghalang wakil kerajaan Taiwan daripada bertemu dengan pegawai negeri dan berusaha untuk mengatur pertemuan antara pegawai tinggi New York dengan pegawai di China.

Sebagai balasan, wakil kerajaan China didakwa mengaturkan transaksi bernilai jutaan dolar untuk Hu.

Pasangan itu dijangka didakwa di Mahkamah Persekutuan Brooklyn atas tuduhan termasuk melanggar Akta Pendaftaran Ejen Asing, penipuan visa, membawa masuk warga asing dan konspirasi pengubahan wang haram.

Suami isteri itu juga didakwa mengubah sejumlah besar wang untuk membeli barangan mewah termasuk kereta dan hartanah di Hawaii dan New York.

Sun dipecat hampir dua tahun lalu selepas pejabat Hochul menemui bukti salah laku dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN