fb fb fb fb fb

Trump mengaku tidak bersalah cuba batal keputusan pilihan raya AS

Foto Fail AFP

WASHINGTON, 4 September - Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kes beliau yang disemak semula di Mahkamah Daerah di Washington.

Menurut pertuduhan yang difailkan pada Selasa, beliau didakwa cuba membatalkan keputusan pilihan raya presiden negara itu pada 2020.

Pertuduhan berkenaan dikemukakan oleh Peguam Khas Jack Smith pada minggu lalu.

Dalam permohonannya kepada mahkamah daerah berkenaan, Trump yang mengetepikan hak untuk menghadiri perbicaraan, telah mengarahkan peguam bela bagi mengemukakan pengakuannya.

Hakim, Tanya Chutkan yang membenarkan permohonan tersebut berkata ia akan diadakan pada hari sama dengan persidangan status kes itu pada Khamis ini.

Dakwaan baharu terhadap Trump, 78, mengetepikan elemen yang terkesan daripada hak imuniti presiden seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Agung pada Julai lepas.

Namun mengekalkan teras sama yang mencadangkan Trump telah kalah pemilihan pada 2020 tetapi "bertekad untuk mengekalkan kuasa" dan cuba membatalkan keputusan pilihan raya. - AFP

Trainee2