fb fb fb fb fb

Delegasi Rusia tiba di Istanbul bagi rundingan damai

Pembantu Presiden, Vladimir Medinski, tiba di Istanbul menjelang pusingan kedua rundingan damai dengan Ukraine/Foto VIORY

ISTANBUL, 2 Jun – Delegasi Rusia yang diketuai pembantu Presiden, Vladimir Medinski, tiba di Istanbul pada Ahad menjelang pusingan kedua rundingan damai dengan Ukraine.

Ketibaan Medinski bersama delegasinya dengan disambut pegawai penganjur, sebelum mereka dibawa menaiki kenderaan rasmi.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, turut mengesahkan penyertaan Kiev dalam rundingan tersebut menerusi satu hantaran di Telegram.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Rustem Umerov akan mengetuai delegasi negara itu.

Pada Rabu lalu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov mengumumkan cadangan untuk mengadakan pertemuan kedua antara wakil Rusia dan Ukraine di Istanbul pada 2 Jun.

Pada hari sama, Umerov memaklumkan beliau telah menyerahkan memorandum menyatakan pendirian Ukraine kepada pihak Rusia selain mengesahkan kesediaan Kiev untuk melaksanakan gencatan senjata dan meneruskan usaha diplomatik.

Pertemuan ini merupakan rundingan secara langsung pertama antara kedua-dua negara sejak 2022, selepas sesi awal berlangsung pada 16 Mei lalu di Istanbul.

Dalam rundingan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk pertukaran 1,000 tahanan perang, selain membentangkan memorandum masing-masing mengenai gencatan senjata.

Delegasi Rusia turut mempertimbangkan permintaan Ukraine untuk mengatur pertemuan secara bersemuka antara pemimpin tertinggi kedua-dua negara. - VIORY

GRACE AISYAH KEDAYAN