fb fb fb fb fb

China rekod suhu tinggi 42.3 darjah Celsius

FOTO HIASAN

BEIJING, 3 Ogos- China hari ini merekodkan suhu tinggi lebih 40 darjah Celsius (C) di beberapa bandar utama termasuk Shanghai dan Hangzhou.

Di Shanghai, bandar besar berpenduduk kira-kira 25 juta orang merekodkan suhu udara menghampiri 40.9C pada awal petang tadi.

Sementara itu, bandar Zhuji di wilayah Zhejiang merekodkan suhu 42.3C, manakala bandar Hangzhou, wilayah sama mencatatkan 41.9C.

"Kesemua 10 bandar paling panas di China pada awal petang Sabtu terletak di Zhejiang, dengan bandar Zhuji mencatatkan suhu tertinggi harian 42.3C," menurut perkhidmatan cuaca.

Dalam pada itu, bandar Hangzhou (wilayah Zhejiang) yang mencatat 41.9C pada kira-kira pukul 2.00 petang tadi dilapor memecah rekod suhu tertinggi dalam sejarah bandar berkenaan.

Rekod terdahulu adalah 41.8C pada Ogos 2022. -AFP

SITI AISHAH MD ISA