WASHINGTON, 7 Jun - China bersetuju untuk membenarkan eksport unsur nadi bumi (REE) dan magnet ke Amerika Syarikat (AS), satu langkah yang boleh meredakan ketegangan ekonomi kedua-dua negara.
Demikian jelas Presiden AS, Donald Trump ketika ditanya wartawan di atas Air Force One yang dalam perjalanan ke New Jersey pada hari Jumaat.
"Ya, Presiden China Xi Jinping bersetuju," jawab Trump ringkas.
Bagaimanapun Kedutaan China di Washington ketika ini tidak memberi sebarang maklum balas segera mengenai perkara itu.
Semalam,Trump mengadakan perbincangan dengan Presiden Xi menerusi panggilan telefon bertujuan untuk menyelesaikan ketegangan perdagangan antara kedua-dua negara yang telah memuncak berkenaan isu itu selama berminggu-minggu.
"Kami mengadakan perbincangan yang sangat baik. Ia perbincangan yang sangat rumit, tetapi kami mempunyai masa lebih daripada 2 jam untuk berbincang mengenai perjanjian itu," kata Trump. -REUTERS