fb fb fb fb fb

China puji hubungan ‘berkepentingan strategik’ dengan Rusia

Menteri Luar China, Wang Yi (kiri) bersama Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov/Foto AFP

BEIJING, 14 Julai - Menteri Luar China, Wang Yi, memuji hubungan China-Rusia sebagai “paling stabil, matang dan bernilai strategik” ketika beliau bertemu rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov, di Beijing.

Pertemuan itu berlangsung di tengah konflik Ukraine dan ketegangan dengan Amerika Syarikat.

Lavrov sebelum itu mengunjungi Korea Utara dan menerima sokongan terhadap tindakan Rusia di Ukraine.

Wang berkata, fokus utama kini adalah memperdalam kerjasama strategik menyeluruh, memajukan pembangunan dan pemulihan kedua-dua negara serta bersama-sama menangani cabaran dunia yang semakin tidak menentu.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin itu turut bertukar pandangan mengenai beberapa isu utama seperti krisis Ukraine, isu nuklear Iran dan lain-lainm termasuk perang di Gaza.

China kekal berkecuali secara rasmi dalam konflik Ukraine dan terus menyeru gencatan senjata, sambil menyalahkan Barat kerana memanjangkan konflik dengan membekalkan senjata kepada Ukraine. -AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN