fb fb fb fb fb

China pindahkan lebih 100,000 mangsa dari wilayah Hebei

CHINA, 2 Ogos - Lebih 100,000 penduduk di Bandar Zhuozhou dipindahkan akibat banjir teruk di China, lapor enyiar negeri CCTV.

Imej di CCTV menunjukkan jalan raya yang dinaiki air yang menjejaskan sebilangan besar penduduk.

Seramai 8,755 kakitangan kecemasan telah dihantar.

Kementerian kewangan China mengumumkan akan memperuntukkan 110 juta yuan ($15 juta) untuk kerja menyelamat di wilayah Beijing-Tianjin-Hebei.

Presiden Xi Jinping mengarahkan usaha mencari dan menyelamat secara menyeluruh terhadap mangsa yang hilang dan terperangkap, bagi meminimumkan kemalangan jiwa dan memulihkan keadaan secepat mungkin.

Di wilayah Hebei, sembilan orang maut dan enam hilang.

Beberapa warga emas terpaksa diselamatkan menggunakan tangga.

Pihak bomba memberi amaran kepada penduduk supaya mengelak daripada kawasan rendah berikutan peningkatan jumlah hujan baru-baru ini.

Angka kematian di ibu negara China meningkat kepada 11 orang pada Selasa dengan 13 orang masih hilang. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu