fb fb fb fb fb

China nafi kenakan zon larangan terbang di utara Taiwan

(FOTO REUTERS)

BEIJING, 15 April - China menafikan dakwaan Taipei bahawa negara itu mengenakan zon larangan terbang di laut utara Taiwan pada hujung minggu ini.

Ini berikutan, Kementerian Pengangkutan Taiwan mendakwa Beijing menyatakan perkara itu kepada Taipei bahawa ia akan mengenakan zon larangan terbang dari 16 hingga 18 April, tetapi kemudiannya dikurangkan kepada hanya 27 minit pada pagi Ahad saja.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pihak berkuasa berkaitan hanya melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan penerbangan.

(Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin / FOTO REUTERS)

"Saya perhatikan sebelum ini terdapat laporan mengenai zon larangan terbang disediakan oleh pihak China. Ia adalah suatu yang tidak tepat kerana pihak berkuasa penerbangan awam China akan memberi amaran dan mengeluarkan notis lebih awal untuk sebarang aktiviti angkasa lepas," katanya.

Berikutan itu, Taiwan mengeluarkan notis kepada juruterbang untuk juruterbang untuk pagi Ahad dengan menggunakan perkataan ruang udara disekat kerana aktiviti penerbangan aeroangkasa.

Kawasan itu meliputi laluan penerbangan yang sibuk antara Taiwan dan China serta Taiwan dan Korea Selatan.

Semalam, agensi keselamatan maritim China berkata serpihan roket berpotensi akan jatuh di Laut China Timur pada 16 April antara 9 pagi hingga 3 petang (waktu tempatan) sekaligus melarang kapal penghantaran dari kawasan itu.

"Pihak berkaitan di tanah besar sudah mengeluarkan notis awal dan pengumuman aktiviti angkasa lepas yang menjejaskan ruang udara," kata Pejabat Hal Ehwal Taiwan China dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Zhu Fenglian menyifatkan ia adalah muslihat politik China dan percubaan untuk meningkatkan konfrontasi rentas selat.

Gangguan ruang udara berlaku di tengah-tengah ketegangan di rantau itu dan beberapa hari selepas tentera China mengadakan latihan di sekitar Taiwan, yang didakwa China sebagai wilayahnya sendiri.-REUTERS

Media Baharu