fb fb fb fb fb

Budak 12 tahun curi forklift di Michigan

FOTO REUTERS

MICHIGAN, 4 Disember- Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mencetuskan keadaan 'huru-hara' apabila bertindak mencuri sebuah forklift dan memandunya secara melulu di kawasan perumahan Ann Arbor di sini, baru-baru ini.

Insiden kejar-mengejar antara budak itu dengan pihak polis berlangsung selama sejam.

Forklift terbabit telah dipandu di atas kaki lima, melanggar lampu isyarat merah, merempuh papan tanda jalan dan beberapa kereta.

Jabatan Polis Ann Arbor dalam Facebooknya memaklumkan bahawa pemandu itu melanggar kira-kira 10 kenderaan semasa kejar-mengejar terbabit.

"(Namun) tiada sesiapa yang cedera semasa dalam pengejaran," jelasnya dalam kenyataan.

Siasatan awal mendapati budak itu telah mengakses kenderaan terbabit yang diparkir di Sekolah Menengah Forsyth.

Difahamkan, forklift tersebut tidak berkunci dan kuncinya hanya disembunyikan di dalam kenderaan berkenaan. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA