fb fb fb fb fb

Tentera Houthi serang dua kapal Israel semalam

Yahya Saree/AFP

SANAA, 4 Disember- Kumpulan tentera Houthi Yaman mengesahkan pihaknya menyerang dua buah kapal milik Israel di Selat Bab al-Mandab yang menghubungkan Laut Merah ke Teluk Aden.

Jurucakapnya, Yahya Saree berkata, kapal pertama diserang dengan peluru berpandu, manakala kapal kedua dengan dron tentera laut selepas musuh mengendahkan amaran yang diberikan.

“Pagi ini (semalam), pasukan Tentera Laut Angkatan Bersenjata Yaman, dengan pertolongan Allah Yang Maha Esa, melakukan operasi menyasarkan dua buah kapal Israel iaitu Unity Explorer dan Number Nine di Selat Bab al-Mandab.

"Operasi penyasaran dibuat selepas kedua-dua kapal itu menolak mesej amaran daripada Tentera Laut Yaman," tegasnya.

Yahya berkata, pihaknya akan terus melakukan operasi di perairan sehingga Israel berhenti melakukan pencerobohan ke atas Gaza.

"Angkatan Bersenjata Yaman akan terus menghalang kapal-kapal Israel daripada mengemudi di Laut Merah dan Laut Arab sehingga pencerobohan Israel terhadap saudara-saudara kami di Gaza dihentikan," tegasnya lagi.

Bulan lalu, tentera Houthi telah berjaya merampas sebuah kapal kargo yang dikaitkan dengan Israel di Laut Merah. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA