fb fb fb fb fb

Biden sokong pemberhentian sementara konflik, bebaskan tahanan

Presiden AS, Joe Biden/FOTO REUTERS

WASHINGTON, 2 November- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden membayangkan keperluan untuk menghentikan konflik sementara bagi membolehkan pembebasan tahanan yang disebut Biden sebagai "banduan" dari Gaza.

Pandangan tersebut diluahkan oleh Biden ketika menyampaikan ucapan pada satu acara di Minnesota.

Pada acara berkenaan, pemimpin berusia 80 tahun itu yang sedang menyampaikan ucapan kepada 200 orang penyokongnya, dikejutkan dengan jeritan salah seorang penyokongnya yang meminta agar gencatan senjata dilaksanakan dalam konflik Hamas-Israel.

Biden berkata konflik berkenaan perlu dihentikan seketika bagi membolehkan 'tahanan' dibebaskan.

Biden turut berkata dia sedang berusaha membincangkan pembebasan dua rakyat AS yang ditahan pasukan pejuang Hamas.

"Saya adalah lelaki yang meyakinkan Bibi (Benjamin Nentanyahu) untuk menyeru gencatan senjata bagi membebaskan tahanan. Saya adalah lelaki yang bercakap dengan (Presiden Mesir Abdel Fattah) El-Sisi untuk meyakinkannya bagi membuka pintu” di sepanjang sempadan Gaza dengan Mesir untuk membenarkan tahanan yang dibebaskan pergi", kata Biden.

Sementara itu,pentadbiran 'White House' dalam satu kenyataan dilaporkan berkata perkataan yang diucapkan oleh Biden iaitu banduan adalah merujuk kepada tahanan yang ditahan oleh pejuang Hamas.

Sebelum ini, White house menggesa agar konflik berkenaan dihentikan sementara bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dan pemindahan orang awam dapat dilakukan.

Namun, White House enggan membincangkan gencatan senjata diantara kedua-dua pihak terlibat.

Konflik yang memasuki hari ke-26 menyaksikan seramai kira-kira 8,800 penduduk Palestin terkorban, manakala 22,000 lagi cedera -Arabnews.com

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD