fb fb fb fb fb

Biden gesa Netanyahu lindungi orang awam di Gaza

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 5 April - Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberi kata dua kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis samada melindungi orang awam Palestin dan pekerja bantuan asing di Gaza atau Washington hentikan sokongannya terhadap Israel.

Mesej itu diberikan selepas sekian lama AS menggesa Israel mengubah cara ketenteraannya yang telah
mengorbankan puluhan ribu rakyat Palestin dan membunuh tujuh pekerja bantuan Dapur Pusat Dunia (WCK) yang telah mencetuskan kemarahan global.

Israel mengakui serangan itu adalah satu kesilapan.

Rumah Putih tidak menyatakan dengan tepat langkah yang perlu Netanyahu ambil atau tindakan daripada AS jika dia gagal mengambilnya.

Penganalisis mengandaikan mungkin AS akan memperlahankan pemindahan senjata AS ke Israel atau untuk meredakan sokongan AS di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Biden, yang akan dipilih semula pada November sedang mengalami tekanan daripada Demokrat yang kecewa dengan Netanyahu akibat jumlah kematian orang awam palesruin yangh semakin meningkat.

Tindakan tersebut berkemungkinan akan bakal memecahkan undi dan sokongan rakyat.

Menggambarkan gesaan itu, Rumah Putih berkata Biden menyertu Israel untuk mengumumkan dan melaksanakan satu siri langkah khusus, konkrit untuk menangani bahaya awam, penderitaan kemanusiaan, dan keselamatan pekerja bantuan. - REUTERS

TETITIA YUSOFF