fb fb fb fb fb

Beruang hitam 'selamba' bersiar-siar di tepi pantai

FOTO REUTERS

CALIFORNIA, 15 September- Seekor beruang hitam dirakam berada di kawasan pantai South Lake Tahoe, di sini, Amerika Syarikat pada 31 Ogos lalu.

Dalam beberapa rakaman video, beruang tersebut kelihatan berjalan santai di sepanjang pesisir pantai, seolah-olah tidak mengendahkan kehadiran manusia yang terkejut dengan kemunculannya.

Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California (CDFW) kemudian mengeluarkan kenyataan mengingatkan bahawa kawasan Lake Tahoe mempunyai salah satu populasi beruang hitam yang terpadat di Amerika Utara.

Oleh itu, pertembungan dengan beruang hitam di kawasan terbabit bukan perkara luar biasa terutama apabila manusia semakin sering memasuki habitat semula jadi mereka.

CDFW juga memberi panduan mengenai cara terbaik untuk mengelakkan konflik dengan beruang seperti tidak meninggalkan makanan atau sisa buangan yang boleh menarik perhatian mereka.

Beruang hitam merupakan spesies pemalu dan tidak agresif tetapi boleh menjadi berbahaya jika merasa terancam atau terganggu terutama melibatkan makanan.

Justeru orang ramai diingatkan untuk menghormati ruang mereka dan mengikuti garis panduan keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa hidupan liar. -Reuters

1509 BD BERUANG CALIFORNIA 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA