JAKARTA, 26 November – Hujan lebat sejak Sabtu lalu menyebabkan banjir dan tanah runtuh di empat daerah di Sumatera Utara, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 nyawa.
Di daerah Karo, 10 mangsa ditemui mati, termasuk lima yang sebelum ini dilaporkan hilang.
Di daerah Deli Serdang, empat mangsa ditemui meninggal dunia manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kampung di daerah itu.
Kawasan tersebut kini dipenuhi dengan lumpur, kayu, dan batu, menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.
Jurucakap agensi mencari dan menyelamat tempatan, Iman Sitorus berkata, pasukan penyelamat berdepan cabaran besar akibat bekalan elektrik terputus dan tiada liputan telefon sekali gus menyukarkan untuk komunikasi.
Pihak berkuasa telah mengerahkan jentera berat untuk membantu membersihkan runtuhan.
Operasi diteruskan dengan harapan dapat menemui mangsa yang masih hilang.
Pada Mei lalu, banjir kilat akibat letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat telah meragut 67 nyawa. -
Agensi Pengurusan Bencana Indonesia semalam mengesahkan jumlah korban dalam bencana itu seramai 15 orang dan tujuh masih hilang.
Namun, angka korban meningkat kepada 20 orang hari ini selepas lima mayat ditemui di daerah Karo.
Mangsa lain ditemui di daerah Tapanuli Selatan, Padang Lawas, dan Deli Serdang, menjadikan tragedi ini antara yang paling dahsyat akibat hujan lebat yang melanda kawasan tersebut - AFP