fb fb fb fb fb

Banjir: Operasi menyelamat penduduk di utara Mexico guna helikopter

Foto AFP

MEXICO CITY, 22 Jun- Penduduk di utara Mexico telah diselamatkan dengan menggunakan helikopter semalam, selepas rumah mereka terjejas akibat banjir di sungai Santa Catarina, kesan daripada Ribut Tropika Alberto.

Media tempatan melaporkan kira-kira 40 orang telah dipindahkan dan lebih 100 lagi penduduk yang terkandas sedang menunggu untuk diselamatkan.

Rakaman dron pula menunjukkan jalan lintasan melalui Ngarai Huasteca musnah sepenuhnya dan ditenggelami air.

“Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan, elektrik, air, tiada apa-apa. Jalan raya musnah, apabila saya keluar dari rumah semuanya musnah,” kata penduduk terjejas, Felix Carbajal yang diselamatkan bersama anaknya.

Ribut Tropika Alberto merupakan ribut pertama pada musim taufan Atlantik 2024, menyebabkan lebih banyak hujan lebat dan banjir.-AFP

ROSLINA BINTI DIN