fb fb fb fb fb

Banjir kilat di India, banyak kemudahan terjejas

NEW DELHI, 11 Julai - Sekurang-kurangnya 22 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di utara India.

Semua sekolah di sini, diarah tutup dan orang ramai dinasihat tidak keluar dari kediaman masing-masing melainkan jika perlu, arahan dikeluarkan pihak berkuasa di Himalaya Himachal Pradesh dan Uttarakhand.

Banyak daerah di Himachal Pradesh menerima kadar hujan sebulan dalam sehari pada hujung minggu, kata seorang pegawai kanan jabatan cuaca.

Delhi, Punjab, dan Himachal Pradesh menerima 112%, 100% dan 70% lebih banyak hujan daripada purata setakat ini, bermula pada 1 Jun, menurut jabatan itu.

Dalam pada itu, hospital dan kolej perubatan terbesar di Jaipur turut dinaiki air.

Beberapa wad hospital Sawai Mansingh dilimpahi air banjir, termasuk bahagian radioterapi yang terletak di ruang bawah tanah hospital.

(FOTO REUTERS)

Rakaman video ada menunjukkan pesakit berbaring di atas pengusung kerana kekurangan katil dan kemudahan lain.- REUTERS

Media Baharu