fb fb fb fb fb

Banjir di China, penduduk terpaksa dipindahkan

Foto REUTERS

HEILONGJIANG, 1 Ogos- Hujan berterusan di wilayah Heilongjiang, timur laut China menyebabkan kampung dan ladang ditenggelami banjir.

Rakaman yang disiarkan CCTV menunjukkan banjir di kawasan Ning'an di wilayah tersebut telah melepasi paras berjaga-jaga.

"Rakaman dron menunjukkan ladang, bangsal dan kediaman ditenggelami banjir. Semua penduduk kampung telah dipindahkan," lapor CCTV.

Terdahulu, Kementerian Sumber Air telah menghantar bantuan kepada penduduk terjejas di wilayah berkenaan.

Hujan lebat turut menyebabkan jalan-jalan utama di Changchun, ibu kota wilayah Jilin dinaiki air. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM