fb fb fb fb fb

Bangkai ikan paus dirakam di Jepun

Visual daripada dron yang menunjukkan penemuan paus di Wilayah Chiba, Jepun / Foto REUTERS

WILAYAH CHIBA, 31 Julai - Rakaman dron yang diambil pada Khamis menunjukkan bangkai empat ekor ikan paus terdampar di sebuah pantai dalam wilayah China, Jepun.

Menurut laporan media tempatan, bangkai ikan paus tersebut pertama kali dikesan di pantai berkenaan pada Selasa.

Beberapa pelajar tempatan dilihat sedang mengumpul sampel daripada bangkai tersebut, hari ini.

Seorang pakar yang ditemu bual oleh media tempatan Asahi Shimbun berkata, beliau percaya bangkai tersebut adalah milik ikan paus sperma, yang lazimnya dilihat di perairan sekitar bandar Tateyama, tempat ia terdampar.

Kerajaan Wilayah Chiba kini sedang menyiasat perkara tersebut dan merancang untuk melupuskan bangkai berkenaan melalui kaedah pengebumian atau cara lain, lapor Asahi. - REUTERS

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE