fb fb fb fb fb

Askar Taiwan hilang ditemukan di China

(FOTO REUTERS)

TAIPEI, 13 Mac- Seorang askar Taiwan yang hilang minggu lalu ketika ditempatkan di sebuah pulau dekat China telah ditemukan di tanah besar, kata kerajaan pada Isnin.

Askar itu, yang hanya dikenali dengan nama keluarganya Chen, dilaporkan hilang pada hari Khamis selepas panggilan nama (roll-call) pagi di Pulau Erdan, yang terletak hanya lima kilometer dari pantai tanah besar.

"Telah disahkan bahawa dia berada di tanah besar China," kata Chiu Tai-san, ketua Majlis Hal Ehwal Tanah Besar, badan pembuat dasar tertinggi Taiwan mengenai China.

Ketika ditanya sama ada Chen telah meninggalkan tugas, Chiu berkata kerajaan akan membuat siasatan susulan.

"Kementerian pertahanan mempunyai mekanisme yang relevan untuk mengenal pasti anggota tentera yang meninggalkan tanggungjawab," tambahnya.

Kementerian pertahanan yang membentuk pasukan petugas khas untuk mencari askar itu, setakat ini tidak mengulas mengenai kehadirannya di tanah besar.

Menteri Pertahanan Chiu Kuo-cheng berkata pada hari Jumaat bahawa masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan jika askar itu "lari daraipada tugas".

Chen bertugas di bahagian dapur Batalion Garison Lieyu di Erdan, menurut tentera Taiwan. -AFP

(Shiyu, atau Pulau Singa, yang merupakan sebahagian daripada daerah Kinmen, Taiwan/FileĀ 
REUTERS)

Media Baharu