fb fb fb fb fb

Asap kebakaran hutan Kanada selubungi langit Timur Amerika Syarikat

Imej satelit menunjukkan asap menyelubungi ruang udara Kanada / Foto Reuters

ALBERTA, 3 Jun – Imej satelit terkini menunjukkan asap daripada kebakaran hutan yang sedang marak di Kanada telah merebak sehingga ke ruang udara di Timur Amerika Syarikat.

Menurut laman Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, AirNow, kualiti udara di beberapa kawasan di Minnesota dan North Dakota mencapai tahap tidak sihat pada hari Isnin.

Premier Alberta, Danielle Smith, memaklumkan kebakaran telah memusnahkan kira-kira 400,000 hektar tanah.

Ia meningkat drastik berbanding 9,000 hektar pada minggu lalu.

“Hampir 5,000 penduduk telah dipindahkan, dan Jawatankuasa Kabinet Pengurusan Kecemasan telah diaktifkan berikutan kebimbangan keadaan mungkin bertambah buruk,” kata Smith dalam satu sidang media.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ