PORTO ALEGRE, 16 November- Seramai 61 rakyat Brazil berdepan hukuman penjara susulan percubaan rampasan kuasa tahun lalu, di Brasilia.
Menurut sumber perundangan pada Jumaat, sistem perundangan Argentina telah mengeluarkan perintah penahanan tersebut dan mereka akan melalui hukuman itu di tanah air mereka sendiri.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Daniel Rafecas, diminta oleh Mahkamah Agung Brazil untuk menangkap warganegara Brazil di Argentina yang berkemungkinan terlibat dengan permohonan ekstradisi dan telah dijatuhi hukuman penjara.
Polis Brazil telah menahan ratusan suspek yang terlibat dalam serangan pada Januari 2023, yang dilancarkan oleh ribuan penyokong bekas pemimpin sayap kanan, Jair Bolsonaro, terhadap Istana Presiden, Parlimen dan Mahkamah Agung Brazil.
Mereka mendakwa berlaku penipuan pilihan raya dan menuntut campur tangan tentera untuk menggulingkan Presiden kiri, Luiz Inacio Lula da Silva yang baru dipilih.
Brazil mengumumkan pada 10 Jun 2023, bahawa mereka telah meminta bantuan Argentina untuk mencari lebih daripada 140 pelarian yang dikaitkan dengan serangan tersebut.
"Seramai dua individu telah pun ditahan.
"Di mana sahaja mereka dikenal pasti atau ditemui di Argentina. Mereka akan ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa kehakiman untuk memulakan proses ekstradisi," kata sumber perundangan itu pada Jumaat.
Pada Oktober, Argentina telah meminda undang-undang pelarian negara itu supaya individu yang dituduh atau disabitkan dengan jenayah di negara asal mereka tidak lagi layak untuk mendapat perlindungan pelarian.- AFP