fb fb fb fb fb

Anjing pengesan, ‘Denti’ dan ‘Frankie’ tangkas beraksi dalam operasi SAR gempa bumi Turkiye

GAZIANTEP (TURKIYE), 14 Februari - Dua “hero Batang Kali” yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara ke Turkiye sentiasa bersedia mencurahkan tenaga mereka dan tidak gugup beraksi walaupun berada di negara ‘orang’.

Aksi lincah anjing pengesan milik unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Denti dan Frankie ketika mengesan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit, memperlihatkan ketangkasan haiwan itu.

 
(Frankie)

Pengendali haiwan itu, pegawai bomba Tony Albert Mani dan Y. Thibagaran memaklumkan kedua-dua anjing berkenaan terus fokus mendengar arahan pengendali masing-masing untuk ke kawasan mana yang perlu dihidu dan rekahan mana yang perlu dimasuki.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka melahirkan sedikit kebimbangan kerana terdapat banyak benda tajam dan besi konkrit yang boleh mencederakan kaki dua ‘hero' itu.

Thibagaran yang mengendalikan Frankie berkata kedua-dua anjing berkenaan tidak menunjukkan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Nurdagi yang mencecah sehingga -10 Darjah Celsius, ketika waktu malam.

Sejak awal operasi, Denti dan Frankie ditugaskan bersama pasukan MAS-01 SMART dan MAS-10 dalam operasi SAR di beberapa lokasi runtuhan bangunan kediaman dan hotel di sekitar bandar ini.


(Denki)



Dalam pada itu, Ketua Komander Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Ismail Abd Ghani berkata selain dua ekor anjing pengesan berkenaan, JBPM turut membawa peralatan khas untuk digunakan dalam misi SAR di Nurdagi antaranya, alat pengesan, alat pemotong besi keluli, penyendal, penampung beban sementara dan alat pemecah konkrit.


"Kami 30 orang daripada pegawai JBPM kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa dan harapan atas usaha usaha kami yang berada di Turkiye untuk membantu dan menyelamat mangsa-mangsa runtuhan bangunan gempa bumi di Turkiye, terima kasih, Malaysia Boleh!," kata semua pegawai JBPM di sini.

Media Baharu