fb fb fb fb fb

Angka korban serangan bom di Peshawar terus meningkat

PESHAWAR, 5 Mac - Angka korban terus meningkat kepada 56 orang manakala 194 lagi cedera dalam serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid Syiah di bandar Peshawar, barat laut Pakistan.

Letupan di kawasan Kocha Risaldar, yang terletak kira-kira 190 kilometer di barat Islamabad, berlaku sebelum solat Jumaat.

Saksi kejadian mendakwa seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah dua anggota polis sebelum dia memasuki masjid, dan kemudian berlaku letupan yang sangat kuat.

Insiden berlaku pada hari pertama perlawanan Test kriket di Rawalpindi antara Pakistan dengan Australia.

(Keadaan selepas berlakunya letupan di luar sebuah masjid di bandar Peshawar, barat laut Pakistan)

Australia belum pernah mengadakan perlawanan di negara itu dalam tempoh suku abad kerana isu keselamatan.

Jurucakap Hospital Lady Reading di Peshawar, mengesahkan angka kematian seramai 30 individu dan memaklumkan beberapa hospital mengisytiharkan darurat.

Letupan turut memecahkan tingkap di bangunan berhampiran.

Media Baharu