fb fb fb fb fb

Presiden Ukraine mahu sekatan lebih tegas, Ketua IAEA tawar diri ke Ukraine

(Tentera Ukraine mengambil bahagian dalam latihan taktikal di bandar ‘hantu’ Pripyat, berhampiran Loji Nuklear Chernobyl pada 4 Februari 2022/AFP)

KIEV, 4 Mac- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenksy mahu sekatan lebih tegas terhadap musuh ketatnya Moscow selepas tentera Rusia bertindak menyerang dan merampas sebuah loji nuklear.

“Sekatan semula lebih ketat dan segera perlu dikenakan terhadap negara pengganas nuklear, tegas Zelensky tatkala kebimbangan bahawa pertempuran di loji Zaporizhzhia itu boleh mencetuskan insiden nuklear.

Sementara itu, Ketua badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menawarkan diri ke Chernobyl untuk berunding dengan Rusia dalam memastikan keselamatan tapak nuklear Ukraine.

Tawaran itu dibuat beberapa jam selepas pasuka tentera Rusia merampas loji janakuasa terbesar Eropah di Zaporizhzhia.

(Gambar Loji Nuklear Chernobyl diambil pada 8 Disember 2020)

Terdahulu berlaku pertempuran antara tentera Rusia dengan tentera Ukraine yang mencetuskan kebakaran dan kebimbangan berlaku insiden nuklear.

“Saya telah menyatakan kepada Persekutuan Rusia dan Ukraine bahawa saya bersedia untuk pergi ke Chernobyl secepat mungkin," kata Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi kepada media.

“Kedua dua pihak sedang mempertimbang kebenaran,” tambahnya.

Menurut Grossi, lawatan itu bertujuan untuk berbincang dengan kedua dua pihak tentang ‘rangka kerja’ bagi menjaga keselamatan serta fungsi loji nuklear Ukraine itu.

Pada 24 Februari, Rusia mula merampas tapak bencana Chernobyl 1986, menyebabkan ratusan orang mati dan menyebarkan pencemaran radioaktif ke seluruh Eropah.

Media Baharu