GAZA, 24 November- Angka korban rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Gaza meningkat kepada 44,176.
Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Menurut kenyataan pihak kesihatan yang berpangkalan di Gaza semalam, serangan tersebut turut menyebabkan 104,473 orang lagi mengalami kecederaan.
"Dalam tempoh 24 jam yang lalu, operasi ketenteraan Israel di Gaza mengakibatkan 120 kematian, selain menyebabkan 205 lagi cedera," menurut kenyataan tersebut. - REUTERS