fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 30,960

Foto AFP

GAZA, 10 Mac- Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Gaza meningkat kepada 30,960 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza di wilayah terkepung itu pada Ahad.

Menurut kementerian itu, tentera Israel membunuh 82 rakyat Palestin dan mencederakan kira-kira 122 yang lain dalam tempoh 24 jam lepas.

Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kediaman di Gaza, membunuh sekurang-kurangnya enam orang, semalam.

Rejim zionis turut mengebom beberapa kawasan di selatan Gaza, bandar Khan Yunis dan Rafah pada hari sama, membunuh sekurang-kurangnya 23 orang.

Di bandar Rafah, Israel menyerbu sebuah pangasapuri 12 tingkat sehingga menyebabkan kerosakan serius pada bangunan itu.

Israel mendakwa bangunan terbabit mengandungi aset ketenteraan Hamas. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM