fb fb fb fb fb

Angka kematian akibat ribut di Texas meningkat kepada 7 orang

Foto AFP

TEXAS, 18 Mei- Angka kematian akibat cuaca buruk yang melanda bandar Houston, Texas meningkat kepada tujuh orang.

Datuk Bandar Houston John Whitmire berkata bahawa empat orang maut, pada Khamis dalam kejadian ribut tersebut.

Manakala, tiga kematian terbaharu dilaporkan berlaku selepas Houston, bandar raya keempat terbesar Amerika Syarikat, dilanda hujan lebat dan angin sehingga 160 kilometer sejam, menyebabkan jalan-jalan di pusat bandar ditutup.

Banyak kejadian pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus di kawasan kediaman yang terlibat.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengesahkan puting beliung melanda pinggir bandar Cypress.

Sementara itu, sekolah-sekolah di Houston turut ditutup pada Jumaat, selain individu yang bekerja untuk sektor tidak penting turut digalakkan untuk terus kekal di rumah.-AFP

ROSLINA BINTI DIN