BEIRUT, 19 Julai - Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, menerusi ucapan di televisyen berkata Lubnan kini sedang menghadapi tiga ancaman serius dan nyata, antaranya ialah "proksi IS di sepanjang sempadan timur dengan Syria.
"Hari ini, Lubnan menghadapi tiga ancaman serius dan nyata, pertama ialah Israel di sempadan selatan, menimbulkan bahaya kepada seluruh Lubnan dan masa depannya. Yang kedua ialah proksi IS di sepanjang sempadan timur dengan Syria dan ketiga ialah kezaliman Amerika Syarikat, yang berusaha untuk mengawal Lubnan," katanya kepada stesen televisyen Al Manar, di sini.
Bagaimanapun beliau menegaskan, tidak akan ada penyerahan dan Israel tidak akan dapat menguasai Lubnan.
Awal Julai lepas, beliau berkata kumpulannya tidak akan tunduk atau melucutkan senjata walaupun berdepan tekanan dan ancaman daripada Israel. Katanya, ancaman itu tidak akan membuatkan mereka tunduk.
Qassem yang menggantikan Hassan Nasrallah turut menegaskan, pejuang mereka tidak akan meletakkan senjata selagi pencerobohan Israel berterusan. - AFP