fb fb fb fb fb

Amerika Syarikat ancam Rusia bakal alami 'korban nyawa' terbesar jika serang Ukraine

FOTO AFP

WASHINGTON, 20 Januari - Rusia bakal menerima akibat buruk daripada segi ketenteraan dan ekonomi jika menyerang Ukraine.

Perkara tersebut ditegaskan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Selain itu, Biden turut mengugut Rusia akan mengalami 'korban nyawa' yang besar.

"Jika mereka teruskan apa yang mahu dilakukan dengan sejumlah besar tentera yang sedia ada di sempadan, akan menjadi bencana bagi Rusia.

"Sekutu dan rakan kami sedia mengakibatkan kesan yang 'mahal lagi ketara' terhadap Rusia serta ekonominya," katanya pada satu sidang media.

Biden juga yakin Presiden Rusia, Vladimir Putin, tidak mahukan peperangan berlaku kerana kesan akibatnya sekatan ekonomi yang serius dan kehilangan sumber pendapatan daripada jualan bahan api.

Kesan lain, Bank Rusia akan mengalami kesukaran untuk berurusan menggunakan dolar AS berikutan ia merupakan matawang utama dunia.

"Jadi, ini bukan sesuatu yang mudah bagi Rusia tetapi Putin masih mahu menguji kecekalan AS dan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Eropah, dengan matlamat melemahkan pakatan ini," katanya.

Tambah beliau, AS kini menyelaras kesepakatan NATO bagi menghadapi ancaman Rusia dan Putin juga menyedari hanya ada dua pilihan sama ada tindakan ketenteraan atau diplomasi. -AFP

 

Media Baharu