BEIJING, 20 Julai - Amaran tsunami dikeluarkan selepas beberapa gempa bumi kuat melanda perairan luar pesisir Rusia, lapor Xinhua.
Amaran itu dikeluarkan susulan laporan yang menyatakan gempa bumi bermagnitud 7.2 menggegarkan kawasan jauh di luar pesisir timur Semenanjung Kamchatka pada 2.49 petang Ahad (Waktu Beijing) dan satu lagi gempa bermagnitud 7.0 melanda kawasan Petropavlovsk-Kamchatsky, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).
Pusat gempa terbaru dipantau pada latitud 52.90 darjah utara dan longitud 160.45 darjah timur. Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 km, menurut CENC.-BERNAMA-XINHUA