fb fb fb fb fb

Altar api ditemui di tapak purba tamadun Caral

Foto AFP

CARAL, 22 Mei – Para ahli arkeologi di Peru telah menemui sebuah ‘altar api’ baharu yang dipercayai digunakan untuk upacara keagamaan dalam tamadun Caral, salah satu tamadun tertua di benua Amerika.

Menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan Peru, penemuan itu dilakukan di tapak arkeologi Era de Pando yang terletak di Lembah Supe, wilayah Barranca.

Imej udara yang dikeluarkan menunjukkan struktur altar tersebut terletak di tengah-tengah kawasan yang dahulunya merupakan sebuah bandar utama masyarakat Caral.

Altar berkenaan dipercayai berusia kira-kira lima ribu tahun dan digunakan secara eksklusif untuk upacara penting, menunjukkan kewujudan struktur sosial dan keagamaan yang kompleks dalam tamadun berkenaan.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN