fb fb fb fb fb

Akibat salah sasar tujuh kanak-kanak maut dalam serangan udara

MARADI, 21 Februari - Tujuh kanak-kanak maut manakala lima lagi dilaporkan cedera di wilayah Maradi, Niger akibat kesilapan sasaran oleh tentera Nigeria yang melakukan serangan udara.

Menurut Gabenor wilayah Maradi, Chaibou Aboubacar, sasaran awal pihak tentera adalah kepada kumpulan penyamun yang berada di sempadan negara berkenaan.

Kesilapan tersebut mengakibatkan beberapa kawasan terlibat di kampung Nachade rosak teruk selain menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk setempat.

FOTO AFP

Aboubacar berkata, kebanyakan kanak-kanak sedang bermain di kawasan berkenaan sebelum pesawat tentera meletupkan kawasan tersebut.

Beliau percaya, pesawat tentera yang menyasarkan penyamun bersenjata telah terlepas sasaran sebelum mengenai kawasan penduduk di Nachade.

Media Baharu