fb fb fb fb fb

99 permit ceramah dan kempen PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilulus

JOHOR, 31 Ogos - Sebanyak 99 permit ceramah dan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Negeri (DUN) Simpang Jeram diluluskan, setakat semalam.

Menurut Jurucakap Media PRK Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som, sebanyak 107 permohonan telah dibuat sepanjang PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Katanya, dua kertas siasatan juga dibuka setakat ini.

"Hingga semalam, tiga permit ceramah dan 24 permit kempen diluluskan di Pulai. Manakala 14 permit ceramah dan satu permit kempen di Simpang Jeram," kata Ibrahim Mat Som, di sini.

Semua parti dan calon diingatkan saling menghormati dan tidak melakukan kerosakan terhadap bahan-bahan kempen.

Tindakan tegas boleh dikenakan mengikut Seksyen 427 Kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu