fb fb fb fb fb

9,000 haiwan laut mati akibat wabak selesema burung di Chile

(Foto fail Reuters)

SANTIAGO, 26 Mei- Hampir 9,000 singa laut, penguin, memerang dan ikan lumba-lumba mati akibat wabak selesema burung di Chile.

Perkhidmatan perikanan Chile, Sernapesca menerusi kenyataan memaklumkan, wabak itu dikesan di 12 daripada 16 wilayah.

Agensi itu turut mengumumkan pengaktifan "protokol pengawasan" di sepanjang pantai.

Ini termasuk menanam haiwan yang terjejas dalam usaha mencegah penyebaran virus.

Sejak akhir 2021, salah satu wabak selesema burung global yang paling teruk dalam rekod telah menyaksikan puluhan juta ayam dimusnahkan, burung liar mati secara besar-besaran dan peningkatan jumlah jangkitan pada mamalia di beberapa negara.

(Perkhidmatan perikanan Chile, Sernapesca menerusi kenyataan
memaklumkan, wabak itu dikesan di 12 daripada 16 wilayah/Foto fail AFP)

Di Kemboja, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun jatuh sakit pada pertengahan Februari lalu dengan gejala demam, batuk dan sakit tekak.

Dia disahkan meninggal dunia akibat virus selsema burung H5N1, menurut Kementerian Kesihatan di sana.

Bapa kanak-kanak berkenaan juga diuji positif, tetapi pihak berkuasa kesihatan Kemboja menolak penularan dari manusia ke manusia.

Pada bulan Mac pula, Chile mengesan kes pertama jangkitan manusia pada seorang lelaki berusia 53 tahun.

Sementara itu, ratusan kes kematian singa laut juga telah dilaporkan di Amerika Selatan, Argentina, Brazil, Paraguay dan Peru.-AFP

Media Baharu