GAZA, 20 Julai – Sekurang-kurangnya 67 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera selepas ditembak tentera Israel ketika sedang menunggu trak bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza, mangsa yang cedera dibawa ke Kompleks Perubatan Al-Shifa di Gaza City.
Pihak hospital menyifatkan keadaan itu sebagai "bencana" dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi mampu menampung jumlah mangsa yang semakin meningkat.
Insiden itu merupakan antara jumlah korban tertinggi dalam kalangan penerima bantuan dalam tempoh beberapa minggu. - REUTERS