WASHINGTON, 15 Januari- Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva menegaskan bahawa kecerdasan buatan (AI) akan memberi kesan sebanyak 60% kepada sektor pekerjaan dalam ekonomi maju.
Georgieva memberitahu kepada AFP, sejurus sebelum berlepas ke Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
"Ekonomi maju, beberapa pasaran baru muncul akan melihat 60% pekerjaan mereka terjejas," katanya dalam satu temu bual di Washington, memetik laporan IMF yang diterbitkan Ahad mengenai topik itu.
"Kemudian, ia turun kepada 40% bagi pasaran baru muncul dan 26% untuk negara berpendapatan rendah," tambahnya, rujuk laporan IMF yang menyatakan bahawa secara keseluruhan, hampir 40% pekerjaan global terdedah kepada AI.
Laporan turut IMF menyatakan bahawa separuh daripada pekerjaan akan terjejas akibat AI manakala selebihnya mungkin mendapat manfaat daripada peningkatan produktiviti daripada teknologi itu.
"Anda mungkin akan hilang pekerjaan anda, sama sekali tidak bagus tetapi kecerdasan buatan juga boleh membantu pekerjaan anda."
"Jadi, anda sebenarnya akan menjadi lebih produktif dan tahap pendapatan anda boleh meningkat," kata Georgieva kepada AFP.
IMF melihat peluang penting untuk pembangunan dasar, dalam usaha untuk menangani kebimbangan berkenaan.
"Kita mesti memberi tumpuan untuk bantu negara berpendapatan rendah khususnya untuk bergerak lebih pantas sekali gus memanfaatkan peluang yang akan diberikan oleh kecerdasan buatan."
"Dengan kata lain, terimalah ia, ia akan datang," tambahnya. Jadi AI, agak menakutkan tetapi ia juga peluang yang luar biasa untuk semua orang," katanya.- AFP