fb fb fb fb fb

532 terbunuh sejak kejatuhan Assad

Pasukan keselamatan kerajaan Syria ditempatkan di tengah kawalan ketat di Damsyik, Syria, pada 7 Mac lalu/Foto Omar Sanadiki

BEIRUT, 9 Mac - Pergolakan antara pasukan keselamatan Syria dan kumpulan bersenjata yang setia kepada bekas pemerintah, Bashar al-Assad, telah meragut sekurang-kurangnya 532 nyawa.

Pergolakan berlaku di wilayah pantai Mediterranean Latakia, iaitu kubu kuat masyarakat Alawite yang sebelum ini menjadi penyokong tegar Assad ketika pemerintahannya.pergunungan Latakia.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) melaporkan bahawa pasukan keselamatan dan sekutunya bertanggungjawab atas kematian 532 penduduk masyarakat Alawite.

Angka itu meningkat daripada 340 korban yang dilaporkan sebelum ini.

Sejak Khamis, serangan terhadap masyarakat Alawite semakin memburuk di kawasan tersebut.

Penduduk terus menjadi mangsa dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan pejuang pro-Assad.

Pihak berkuasa baharu Syria menjalankan operasi besar-besaran untuk menumpaskan penyokong Assad di bekas kubu kuatnya sejak kejatuhannya.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia mendakwa terdapat pelanggaran serius, termasuk rampasan rumah, hukuman mati dan penculikan.

Pihak berkuasa baharu Syria menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa insiden sedemikian adalah kes terpencil, sambil berikrar akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN