fb fb fb fb fb

47 orang maut akibat banjir di Afghanistan

Foto AFP

AFGHANISTAN, 16 Julai- Angka kematian akibat banjir di timur Afghanistan meningkat kepada 47 orang.

Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nangarhar, Saifullah Khalid berkata ia turut menyebabkan 350 orang lagi mengalami kecederaan.

"Kira-kira 400 kediaman musnah akibat arus deras itu," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, ribut yang melanda wilayah Nangarhar di timur Afghanistan semalam menyebabkan banyak pokok tumbang dan merosakkan bumbung bangunan.

Menurut saintis, Afghanistan terdedah kepada kesan perubahan iklim yang teruk.

Kerajaan Taliban mengumumkan sokongan mereka kepada mangsa yang terjejas, tetapi kebanyakan misi asing dan organisasi bantuan meninggalkan negara itu apabila mereka mengambil alih pada 2021, sekali gus mengecilkan bantuan yang tersedia untuk rakyat Afghanistan. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM