NIGER, 22 Oktober - Sekurang-kurangnya 35 maut dalam insiden tangki petrol terbalik sebelum meletup di negeri Niger, utara Nigeria.
Komander Sektor Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Aishatu Sa'adu mengesahkan kejadian yang berlaku lewat Selasa itu turut mencederakan 42 orang.
Letupan tercetus ketika penduduk cuba mengaut petrol daripada lori tangki yang terbalik di Kampung Essa, kawasan bawah kerajaan tempatan Katcha di negeri berkenaan.
Menurutnya, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan. - REUTERS