fb fb fb fb fb

23 maut, pengebom berani mati sasar pangkalan tentera Pakistan

FOTO AFP

PESHAWAR, 12 Disember- Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dalam tragedi pengeboman berani mati di pangkalan tentera Pakistan pada Selasa.

Menurut seorang pegawai,serangan yang didakwa didalangi oleh militan yang bergabung dengan Taliban Pakistan.

Serangan awal pagi itu menyasarkan pangkalan tentera di daerah Dera Ismail Khan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, berhampiran sempadan Afghanistan.

"Ramai daripada mereka terbunuh semasa mereka tidur dan berpakaian awam jadi kami masih mengenal pasti sama ada mereka semua anggota tentera," tambah pegawai itu.

Seramai 27 orang lagi cedera apabila kenderaan sarat bahan letupan itu meletup di sebuah bangunan sekolah yang telah dijadikan pangkalan tentera sementara, katanya.

Tiga bilik telah runtuh dan usaha sedang dijalankan untuk menarik mayat daripada runtuhan, dengan kebimbangan jumlah korban masih boleh meningkat, tambahnya.

Pakistan telah menyaksikan lonjakan dramatik dalam serangan militan, terutamanya di kawasan sempadannya dengan Afghanistan, sejak Taliban kembali berkuasa di sana pada 2021.

Penganalisis berkata kumpulan militan telah menjadi berani dengan kejayaan pemberontakan negara jiran berikutan pengunduran tentera AS pada 2021.

Separuh pertama 2023 menyaksikan peningkatan hampir 80 peratus dalam serangan berbanding tahun lalu, menurut Institut Kajian Konflik dan Keselamatan Pakistan.

Islamabad mendakwa kumpulan bermusuhan beroperasi dari "tempat perlindungan" di seberang sempadan, satu tuduhan yang sering dinafikan oleh kerajaan Taliban.

Ancaman terbesar kepada Pakistan ialah bahagian domestik Taliban yang dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), yang berkongsi keturunan dan ideologi dengan pemerintah Kabul.

Pada Januari, TTP dikaitkan dengan pengeboman masjid yang mengorbankan lebih 80 pegawai polis di dalam sebuah ibu pejabat di bandar barat laut Peshawar, ibu kota wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Islamabad berkata empat tentera terbunuh pada September semasa serbuan rentas sempadan oleh "ratusan" militan TTP di Chitral, kawasan yang popular dengan pelancong domestik.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE