RIO DE JANEIRO, 25 November- Seramai 23 orang maut selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung yang terletak di jalan gunung terpencil, negeri Alagoas, Brazil, menurut pihak berkuasa wilayah.
Menurut kenyataan Kerajaan Negeri Alagoas, perkhidmatan penyelamat mengesahkan bahawa 22 mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa iaitu seorang wanita hamil, meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.
Media tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh penumpang cedera. Bas tersebut membawa seramai 40 orang penumpang.
Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Uniao dos Palmares.
Gabenor negeri, Paulo Dantas, mengisytiharkan tiga hari berkabung di platform media sosial X sebagai penghormatan atas tragedi tersebut.
Bas itu dikatakan terbabas dari jalan yang terletak di pergunungan yang dikenali sebagai Serra da Barriga.
Bagaimanapun, Hospital Mata enggan memberikan maklumat kepada AFP mengenai jumlah kematian dan kecederaan yang terlibat.-AFP