fb fb fb fb fb

20 terbunuh dalam letupan di Gereja Damsyik

Foto REUTERS

DAMSYIK, 23 Jun- Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di Gereja Mar Elias di kejiranan Dweila di ibu negara Syria, Damsyik pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa kesihatan dan sumber keselamatan, ia berpunca daripada pengeboman berani mati pertama di Damsyik sejak kejatuhan Bashar al-Assad pada Disember.

"Pengebom berani mati itu memasuki gereja, melepaskan tembakan dan kemudian meletupkan jaket letupannya" tambah kenyataan Kementerian dalam negeri Syria.

Sumber keselamatan berkata dua lelaki terlibat dalam serangan itu, termasuk yang meletupkan dirinya.

Kementerian kesihatan turut mengesahkan 52 orang turut cedera dalam letupan itu. -REUTERS

AZRUL FAIZAL JUSOH