fb fb fb fb fb

2 cedera parah, insiden tembakan di Sydney

Foto AFP

SYDNEY, 25 Mei - Dua lelaki dimasukkan ke hospital akibat cedera parah selepas terlibat dalam insiden tembakan di tempat awam di barat Sydney, lapor Xinhua.

Polis di negeri New South Wales (NSW), Australia dalam satu kenyataan pada petang Ahad berkata perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengenai kejadian tembakan di Parramatta, kira-kira 20 kilometer ke barat pusat bandar Sydney, sekitar 5.10 petang waktu tempatan.

Menurut polis, sepasukan anggota tiba di lokasi dan menemukan dua lelaki, masing-masing dengan beberapa kesan tembakan dalam sebuah kereta bersama dua lelaki lain yang tidak cedera.

Polis tempatan telah menutup kawasan kejadian untuk siasatan.- BERNAMA-XINHUA

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN