fb fb fb fb fb

182 permit diluluskan, kempen secara berhemah - Polis Johor

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 2 September- 182 permit ceramah dan kempen daripada 190 permohonan yang dibuat sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Negeri Simpang Jeram diluluskan polis Johor, setakat semalam.

Jurucakap Media PRK Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata dua kertas siasatan juga dibuka, setakat ini.

Lapan permit ceramah dan 21 permit kempen diluluskan di Pulai, semalam

11 permit ceramah dan satu permit kempen turut diluluskan di Simpang Jeram.

Semua parti serta penyokong diingatkan agar sentiasa bertoleransi, berkempen secara berhemah dan menghormati antara satu sama lain agar keamanan dapat dikekalkan.

Hari pengundian bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Negeri Simpang Jeram akan berlangsung pada 9 September depan.


(Foto Fail)

Media Baharu